lewat detik yang berlalu
aku sering mencari
dimana letaknya harga diri
dan rasa hati yang semakin sukar dimengerti..
semakin hari aku semakin jauh
seolah mula tersasar di jalanNYA..
Ya Allah..
berikanku hidayahMu..
bimbinglah hatiku kembali ke jalanMu..
kerna aku,
Semakin leka dengan waktu yang pantas berlalu
Dalam ruang waktu yang masih tersisa ini,
aku terus mencari,
Kedamaian hati yang tidak lagi kumiliki
Jadikan aku insan yang redha
dengan ketentuanMu,
Kembalikan semangatku yang hilang,
Agar aku terus dengan langkahku..
aku tak mahu berpaling lagi,
kurelakan sejarah semalam
bersemadi dalam jiwa,
Berikan aku sinarMu,
agar aku tidak lemah
dengan ujian yang terus menduga ku..
Moga kan ku temui damai di hati..
Nukilan,
ziela jamil..
UiTM Johor
4 comments:
beb.. anta laa kat remaja!!!! ^.^
haha! amboi...
^.^ hhihihihi... nnt baru laa rmai peminat....!
Akak penulis berkarisma pulak... best lah akak... nak curi idea ley x? hehehehe....
Post a Comment