Wednesday, December 23, 2009

berbicara lagi soal cinta.. topik yang tak pernah jemu untuk d bincangkan.. itulah salah satu naluri yg dkurniakan pada manusia.. ingin menyintai dan dicintai..

di sekitar saya, byk ragam yg dapat dilihat.. itulah ragam org bercinta.. yang mana pernah dibincangkan bersama sahabat baek saya, " knp klau bila ada lelaki yg baek, ada saja yang xkena pd sbelah pihak lagi.. dan knp klau ad perempuan yg baek, pasti yg lelakinya pula akan buat hal.. " tp xsemuanya mcm tu kan..

mungkin pernah ada di antara kita mengeluh, "knp susah sgt aku nak bahagia"? sy ad terbaca didalam salah satu buku motivasi koleksi sy yang mana penulis mengatakan sekiranya hubungan kita dengan sesiapa pon di dunia, xkira dengan sahabat handai, ibu bapa, jiran - jiran atau sesiapa sahaja yang pernah berurusan dengan kita dalam kehidupan seharian mempunyai masalah, kembalilah pada TUHANMU.. ap yg beliau ingin sampaikan di sini, "periksalah kembali hubunganmu dengan Tuhanmu" kerana mungkin ia adalah penyebab mengapa semua ini berlaku.. ya.. mana mungkin kita mengharapkan sesuatu yang terbaek sedangkan kita hanya memandang remeh pada hubungan kita dengan Allah..

bercakap memang mudah, tapi untuk melaksanakan adalah sesuatu yang paling payah.. memang ada di antara kita yang apabila terjatuh dan dikecewakan.. ia akan kembali mencari cinta yang lebih hakiki iaitu cinta Allah.. Allah tak pernah lupa untuk membalas cinta hambanya yang menyintainya.. Namun, ad juga diantara kita, apabila gagal mempertahankan cinta, ia semakin jauh dari PEMILIK HATI yang telah meminjamkan hati hatiNYA kepada kita.. semoga kita dijauhkan dari sikap itu..

"ALLAH AKAN PERTEMUKAN ORG YANG SALAH SEBELUM DPERTEMUKAN KITA DENGAN ORG YANG BETUL"

Sy tidak pasti dmana sy jumpe ayat di atas.. tapi ap yang dapat sy pelajari darinya.. memang benar, seandainya kita dpertemukan dengan org yang salah, kita akan belajar dari kesilapan tersebut.. agar apabila dpertemukan org yang betul pada kita, kita akan menghargai dan menjaganya sebaek mungkin.. jadi, sama sama kita berdoa, dan berusaha menjadi yang terbaek.. betulkan niat kita.. kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN NIAT HAMBA - HAMBANYA.. biarlah apa juga yang kita lakukan, asalkan semuanya kerana Allah SWT..

menyintai dan dicintai? mana yang lebih penting? DR.TUAH kate, bkahwinlah dengan org yang menyintai kita krn stelah berkahwin, cintanya pada kita akan lebih mendalam.. klau berkahwin dengan org yang kita cintai, dan tidak menyintai kita.. ehm.. fikirlah sendiri.. sejauh mana kberkesanannya.. tanya pada hati.. kerana ia ada jawapannya..

salam kaseh sayang untuk semua... sekian

Monday, December 21, 2009

tahun baru merupakan satu masa yang sesuai untuk melakukan satu penghijrahan. Bermulanya tahun baru, maka akan terciptalah satu azam baru. Namun, bukan hanya tahun baru kita boleh buat satu perubahan.. setiap masa, setiap saat asalkan perubahan itu biarlah dari hati...

ap yang ingin dibincangkan hari ini adalah :

"HIJRAH ITU SATU PENGORBANAN DAN MAMPUKAH KITA MELAKUKANNYA DENGAN HATI YANG IKHLAS"

semua yang akan sy coretkan hari ini adalah mengikut pandangan sy sendiri berdasarkan pengalaman, diri dan insan - insan yang mungkin pernah terlibat dalam hidup sy..

pernah tak walau sekali dalam hidup anda, anda berubah kerana seseorang?

manusia, memang mudah untuk berubah.. mane yang elok, akan berubah ke arah kebaikan.. dan mungkin perubahan itu kearah keburukan.. sejauh mana perubahan itu, ianya bergantung pada hati kita sendiri..
memang tidak salah jika kita berubah demi seseorang, tapi, seandainya ditakdirkan orang itu pergi dari hidup kita.. mampukah kita mengekalkannya.. pada saya, bila kita mahu berubah, dan walaupun demi seseorang, biarlah disematkan sekali niat di dalam hati.. "aku berubah kerana Allah"..

KITA HANYA BOLEH MEMBIMBING SESEORANG UTK BERUBAH DAN BUKAN DENGAN PAKSAAN.. PERUBAHAN ITU ADALAH HAK MASING MASING..

usah kita pandang remeh pada orang yang ingin berubah.. walau dari segi apa pun,yang penting dia cube untuk menjadi seorang yang lebih baek,hargailah ia.. memandang rendah pada seseorang bkn satu sikap yang baek.. seolah2 ia terlalu sempurna.. usah terlalu bermegah dengan ap yang kita miliki hari ini, sebab hidup ni umpama roda, andai mungkin hari ini kita ad diatas, xmustahil satu hari nnt kte akan berada dibawah.. semoga kita dijauhkan dari sifat ini.. siapa kita pada pandangan mata mereka mungkin tidak penting.. yang penting ialah nilai kita disisi Allah kelak..

xde manusia yang mampu berubah dalam sekelip mata.. memang benar, untuk satu perubahan yang besar, kita memang memerlukan masa.. jadi, usah terlalu memaksa diri untuk berubah dalam sekelip mata.. kita lebih tahu hati kita.. tepuk dada, tanya iman..

ampun maaf andai tersalah kata.. sekian..

Sunday, December 06, 2009

mencari semangat yang hilang..

dalam dunia ni.. tak semua individu yang kita jumpe ada perangai yang sama..
bila kita tgk kembar pon.. kadang2, tak semua perangai mereka sama.. mcm tu juge cara seseorang itu melihat dunia.. mereka melihat dunia dari sudut pandangan matanya sendiri..
tanpa dpengaruhi apa- apa disekitarnya.. dan semua ni xmustahil juga dengan ap yang nak dbincangkan hari ni..

mcm mana seseorg tu nak kembalikan smangat yg hilang dlm diri..

bila setiap org ad sudut pandangan yg berbeza.. jadi.. xmustahil cara mereka kembalikan semangat atau motivasi dalam diri mereka juga berbeza..
motivasi sgt penting utk dapatkan hidup yg berkualiti..

ok.. sy pernah menghadiri satu kursus tidak lama dahulu.. sekadar suka2 dan utk cari pengalaman baru.. bila menghadiri kursus tersebut, baru sy sedar yg byk lagi yang masih tidak saya ketahui dan perlu dpelajari.. serta masih banyak yang perlu diterokai di dunia ini terutamanya sesuatu yang kita anggap remeh di sekitar kita.. jd d situ sy d suntik satu semangat utk terus melihat dan mencari sesuatu yang belum sy perolehi..

ada juga diantara kita yg belajar dari pengalaman mereka sendiri.. dan dari situ mereka mengambil iktibar dan djadikan motivasi dalam diri serta menyuntik semangat yang kian pudar.. bkn dengan membaca buku semata - mata, kerana pengalaman yang kita peroleh lebih terkesan di dalam hati kita.. jadikan buku sebagai panduan dan pengalaman itu adalah guru yang terbaek untuk diri kita..

usah pertikai dan memperlekeh cara teman2 anda perolehi semangat dalam diri mereka dengan memaksa mereka mengikut cara anda.. tp hormati cara mereka kerana hanya mereka yang lebih mengenali diri dan hati mereka.. semoga kita sama2 mencari semangat yang hilang atau yang kian pudar dan usah menjadi insan yang hanya berserah tanpa ada usaha..

" jgn jadikan alasan batu besar dijalanan sebagai penghalang untuk kita terus maju "