Sunday, February 14, 2010



Dalam hidup yang kita lalui selama ini, memang terlalu banyak dugaan yang tak pernah kita duga. Suka duka, semua yang berlaku semuanya dah tertulis untuk kita. Kadang kala aku rasa macam dah tak sanggup hadapi semuanya. Rase sangat penat dan berputus asa. Namun aku tahu, Tuhan tak kan menguji hambanya jika DIA tahu hambanya tak mampu nak hadapi ujian - ujian dariNYA.

Perjalanan kita masih jauh. Masih panjang., dan masih banyak yang perlu kita hadapi. terkadang, aku rasa tersasar di jalanNYa.. mungkin tak lama, namun ia cukup buat aku belajar dengan apa yang berlaku. Saat aku mula mengeluh, aku cuma perlukan masa untuk berfikir. Adanya aku disini hari ini adalah kerana semalamku.. semua yang telah berlaku membawaku ke sini.. perjalanan yang agak berliku, tak mungkin dirasai oleh yang lain.

Hidup jangan pernah putus asa.. seteruk mana pun ujian untuk kita, percayalah, ramai lagi diluar sana yang diuji sepuluh kali ganda dari kita.. Mungkin boleh diselitkan sedikit tentang cinta. memang ramai yang hadapi masalah cinta kat luar sana, berhenti menagih cinta disaat cinta itu sudah tiada harganya.. pada teman - teman, pengalaman yang dlalui itu lebih berharga dari segalanya.. kalau hari ni kita gagal, pastikan hari esk kita xkan ulangi perkara yang sama hingga menyebabkan kita gagal lagi..